saya..

My photo
butterworth, penang, Malaysia

Monday, December 28, 2009

NAK TAMBAH BERAT????

Sebenarnya, tahun ni saya berazam untuk naikkan berat saya yang kalau dikira2 BMI saya, dah jatuh tahap 'kurang berat badan'. kadang-kadang saya tak kisah tapi bila asyik ditegur dengan soalan2 yang agak menyakitkan, saya terfikir untuk tambah berat. Lagi pulak, baru saya tau, bukan saja berat badan berlebihan saja yang bahaya, kurang berat badan pon bahaya jugak sebab dikhuatiri mempunyai masalah kesihatan. Ini yang membuatkan saya risau. Walaupun kita ni sebagai manusia memang layak diuji dengan sakit, saya takmau la kesakitan yang menimpa saya tu disebabkan kezaliman yang saya lakukan sendiri. Jadi, saya berusaha untuk keluar dari zon kurang berat badan ni.

Langkah yang pertama mungkin dengan mengubah tabiat pemakanan saya. Walaupun sebenarnya saya ni makan banyak, tapi peratus keberkesanan nutrien yang saya makan sehari2 macam kurang. Buktinya semakin hari, saya semakin kurus. Dengan bantuan my besfren, cik faizura, dia terjumpa dalam forum mana ntah, menu yang boleh diamalkan untuk seminggu, dan saya ingin kongsikan juga kat sini.

Menu Seminggu Untuk Meningkatkan Berat Badan


Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping tosai+dhal + 1 biji kuih apam + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji karipap + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan masak kari + 1/2 cawan kangkung goreng + 1 potong betik + air suam
Minum Petang: 2 biji pau kacang kukus + teh tarik
Makan Malam: 1 pinggan mee goreng + 1 biji epal
Snek: 1 gelas susu penuh krim

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti + 2 sudu jem/kaya & marjerin + milo susu
Minum Pagi: 2 biji tauhu sumbat + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 2 ketul rendang ayam + 1/2 cawan sayur campur + 1/2 biji jambu batu + air suam
Minum Petang: 1 biji jagung kukus + nescafe tarik
Makan Malam: 1 keping roti nan, 1 ketul ayam tandoori, 1 mangkuk dhal, 1 gelas air lobak susu
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah epal

Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk mee kari + 1 biji kuih keria + teh tarik
Minum Pagi: 2 keping kuih ketayap + air suam
Makan Tengahari: 3 potong pizza + 1 mangkuk salad + 1 gelas air sirap limau + 1 biji pisang emas
Minum Petang: 2 ketul vadai + teh o
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan kailan goreng + 1 gelas jus buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah oren

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji cucur badak + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk sup tulang/ayam dan isinya + 1/2 cawan sayur hijau + 1 biji epal + air suam
Minum Petang: 2 ketul pulut panggang + teh O
Makan Malam: 1 ketul burger + 1/2 cawan kentang goreng + 1 biji limau + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 keping roti bakar

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti & 2 sudu marjerin + 1/2 cawan kacang panggang + 1 biji telur hancur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 ketul kuih seri muka + air suam
Makan Tengahari: 1 cawan nasi briyani + 1 ketul ayam masak merah + 1/2 cawan sayur campur + 1 potong tembikai + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 mangkuk bubur kacang hijau + teh O
Makan Malam: 1 keping capati + 1 ketul ayam masak kari + 1/2 cawan kobis goreng + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 ketul burger

Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk lontong + 1 gelas jus oren
Minum Pagi: 3 keping biskut krim kraker + 1 gelas nescafe O
Makan Tengahari: 1 pinggan spagheti + 1 mangkuk salad + 1 biji pir + air suam
Minum Petang: 2 ketul puding roti + teh tarik
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan bakar + 1/2 cawan sup sayur + 1 gelas air buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1/2 biji buah jambu batu

Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + kuah dhal + 1 gelas teh tarik
Minum Pagi: 1 cawan yoghurt buah-buahan
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi ayam+ 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad & timun + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 pinggan rojak buah + 1 mangkuk ABC
Makan Malam: 1 pinggan mee bandung + 1 gelas air buah + 1/2 biji mangga
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 2 keping roti bakar


Agak susah untuk saya amalkan. Yang susahnya nak makan kat ofis. Segan kat bos.huhu..N macam ni punya banyak makanan, saya takut yang bertambahnya lemak bukan otot. Na'uzubillah dapat penyakit lain plak.

Sebab tu la selain dari makan macam2 ni, kita kena bersenam. apa yang saya baca dalam majalah, mengangkat beban seperti dumbell boleh menambahkan kekuatan otot seterusnya berat boleh bertambah. Hm, ini lebih baik dari bertambahnya lemak.

Jadi lepas ni, saya nak angkat dumbell la. Yang penting kena istiqamah. Ini la part yang paling susah untuk dibuat. Cakap ja pandai, bab nak melaksanakan n teruskan yang susah.

Harapnya saya tidak sekadar 'hangat2 taik ayam'. Kena Percaya baru boleh Berjaya. Chaiyokk..


Wednesday, December 23, 2009

HARI INI 7 MUHARRAM

Sudah lama saya tak menulis dalam blog ni..mungkin juga kurang keterujaan disebabkan kesibukan di pejabat. Banyak tender tahunan yang keluar memandangkan dah nak masuk tahun baru. So, banyakla dokumen-dokumen yang perlu diisi. Usaha itu perlu walaupun penentuan rezeki itu di tangan Allah jua.

Sudah 7 hari berlalunya Muharram. 7 hari juga tahun baru hijri telah kita lewati. Rasa terkilan sebab resolusi-resolusi yang saya buat pada tahun lepas tak semuanya saya penuhi. dan masuknya tahun hijri kali ni, saya berresolusi lagi. semoga saya dapat memenuhinya kali ini. semuanya memerlukan azam dan keyakinan yang kuat. kena pinjam kata-kata sifu yang saya hormati, Abu Saif. PERCAYA & BERJAYA.

Lagi 3 hari Hari Assyuuraa' iaitu 10 Muharram. Mak mengingatkan supaya berpuasa pada hari ini. Di sini, ingin dikongsikan fadhilat-fadhilat dan amalan-amalan yang boleh kita lakukan selain dari berpuasa pada hari Assyuuraa' yang akan jatuh pada hari Ahad (27hb Dis) ini. Ianya saya petik dari http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Diharapkan kita sama-sama dapat memanfaatkan kelebihan pada 10 Muharram ini dan sama-sama kita mencapai keredhaan Allah.

Tuesday, November 10, 2009

TISA TERTIPU

Astaghfirullah..Mungkin ini peringatan yang Allah nak bagi kat saya. Ceritanya camni, saya ni ejen topup alkisahnya..Tadi ada orang sms sy mintak topup..saya tanpa usul periksa terus topupkn no tu..saya tak kenal sebenarnya no tu tp dok budget kawan kepada kawan..mula2 tu mintak topup rm10 pastu mkin meningkat rm30..saya topupkan jugak..pastu tak lama lepas tu mintak rm50 plak..saya rasa plik..baru saya teringat nak tanya kawan saya betol ka kawan kpd kawan sy ni mintak topup..terkejut sy bila kawan kpd kawan saya tu tak mintak pon..alahai, betapa mudahnya sy kena tipu..memang peringatan direct daripada Allah..

Moral of the story, jangan mudah percayakan orang..tambah buat bisnes yang macam ni. Teringat satu quote yang saya pernah jumpa dulu 'In life, there is no failure or mistake..it's only lesson to be learned' and it is truly is..

memang banyak benda yang saya boleh belajar dari pengalaman saya hari ini. Semoga saya tidak akan ulanginya lagi di masa hadapan.


Ampunkan aku ya Allah

Sunday, November 8, 2009

SEBULAN SATU BUKU

Pada hari lahir saya yang lepas (7 Okt), seorang kawan baik saya (Siti Noor) sejak sekolah menengah telah bermurah hati menghadiahkan saya sebuah buku karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Tajuknya 'INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT'. Alhamdulillah, selepas sekian lama saya tak pernah dapat hadiah, tapi di saat umur meningkat ke angka 26tahun, saya mendapat hadiah yang boleh dijadikan panduan yang pastinya berguna untuk diri sendiri, seisi keluarga, masyarakat dan umat Islam sejagat yang merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah.

Ada banyak bab di dalam buku ini. Antara yang dapat saya petik dari buku ini (ada kat belakang buku) :
Famahi dan amalkan syariat ketika kelahiran, fardhu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan berzikir, doa dan adab. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotogafi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik(gambar sebenar).

Saya berharap sesiapa yang mempunyai kemusykilan dan malu untuk bertanya atau tak tahu nak tanya kat mana, bolehlah cuba cari buku ni yang InsyaAllah boleh membantu anda.



Friday, November 6, 2009

cubaan ke2

syukur..berjaya membuat post ke2 setelah berusaha menggodek blog kwn2..dah pukul 130pg..nak tdo..bleh tdo dgn aman sbb dh melangkah 1 tapak ke depan..

esok pg nk hantar dekmus p ofis sbb lps ofis hour dia ada office trip p teluk senangin..

lps tu nk tgk abg mein futsal, ada tournament..for the 1st time nk tgk abg main..

insyaAllah, akan ada pos ke3 :)

cubaan pertama

ini adalah cubaan pertama..taktau nk dibahasakan diri sebagai apa..aku atau saya..'aku' rasa macam terlalu kasar..'saya' pulak rasa semacam ja..hehe..nama pun cubaan pertama..

harapnya blog ni bleh bagi mnfaat kt org len..sbb manusia yg terbaik adalah manusia yg bagi manfaat pd org lain..

bak kata pepatah, biarla dibaling dgn batu, balas la dgn buah..

ini adalah cubaan pertama aku..insyaAllah, akan menyusul lagi post yg ke2, ke3 dan seterusnya..